Tercetusnya idea ini pada asalnya adalah daripada pemikiran yang terkehadapan oleh
YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, bekas Menteri Pertahanan dan merupakan Perdana
Menteri Malaysia pada masa kini. Sehubungan dengan itu, perancangan K-Force telah
diusulkan kepada Kementerian Pertahanan menerusi satu kertas cadangan yang telah
dirangka oleh United Multimedia Sdn. Bhd. Berikutan dengan itu, K-Force telah berjaya dilaksanakan dan disamping itu, segala aspek pengurusan yang berkaitan kemudiannya diambil alih oleh In-Fusion Solutions Sdn. Bhd. yang diterajui oleh
Dr. Mohamad Salmi
Bin Mohd Sohod.
K-Force merupakan suatu program yang berkonsepkan E-Pembelajaran. Ini bermaksud
anggota pertahanan akan melalui proses pembelajaran secara 'Blended Learning' yang
melibatkan kaedah secara maya dan mengikuti pengajian tanpa mengabaikan tugas
seharian.
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) melalui In-Fusion Solutions Sdn Bhd. telah diberi
mandat untuk mengendalikan program K-Force dengan menyediakan pengajian
berkualiti serta penekanan kepada aspek pembangunan kemahiran berasaskan
teknologi terkini.
K-Force beroperasi dengan berlandaskan objektifnya yang tersendiri :
i ).Memupuk budaya pembelajaran berterusan.
ii ).Melahirkan warga tentera berilmu
iii ).Mendedahkan masyarakat tentera kepada cara pembelajaran menggunakan
internet sebagai landasan (platform).
iv ).Memberi peluang kepada anggota tentera untuk memilih karier alternatif
selepas bersara.
Pengarah Urusan In-Fusion Solutions Sdn Bhd.
Dr. Mohamad Salmi Bin Mohd Sohod.
|