SOALAN-SOALAN LAZIM PROGRAM K-FORCE BESERTA JAWAPAN
 
 
 
     Kenapa perlu memilih program K-Force?
   
     Program K-Force dilaksanakan supaya dapat memenuhi objektif yang telah digariskan
     oleh Kementerian Pertahanan sendiri menerusi aspirasi yang dicetuskan oleh
     Menteri Pertahanan, YAB Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Inisiatif telah diambil
     oleh In-Fusion Solutions Sdn Bhd dengan kerjasama UNITAR untuk memastikan segala
     objektif yang dirancang dapat dijana kepada semua warga ATM. Kemudahan serta
     mutu pendidikan oleh K-Force adalah setaraf dengan apa yang disediakan oleh
     institusi Pengajian Tinggi yang lain. Bezanya di sini program K-Force menyediakan
     fleksibiliti menerusi pelbagai aspek yang dapat memenuhi tuntutan kerjaya warga
     ATM berbanding IPT yang lain. Jadi soal kekangan yang berkaitan pembahagian masa
     tidak timbul keranakonsep K-Force menggalakkan para pelajar belajar secara
     berdikari tetapi masih dikawal-selia oleh tenaga pengajar UNITAR supaya mesej
     pendidikan dan pengetahuan dapat diterima dan difahami oleh para pelajar secara
     maksimum. Graduan K-Force kelak dijangka mampu memenuhi prospek semasa.
   
   
   
Adakah sijil yang dikeluarkan oleh program K-Force diiktiraf?
   
     Ya. Sijil bagi program K-Force sama ada program Diploma ataupun Ijazah adalah
     dikeluarkan oleh UNITAR dimana telah pun mendapat pengiktirafan oleh Kementerian
     Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Program yang dijalankan
     oleh K-Force turut mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
   
   
   Apakah syarat kelayakan untuk mengikuti program K-Force?
   
     Syarat kelayakan untuk mengikuti program pengajian yang disediakan oleh K-Force
     adalah berbeza berdasarkan program yang ditawarkan. Untuk itu, para pelajar boleh
     merujuk kepada paparan butang syarat-syarat menerusi menu "Kemasukan".
   
   
   Sekiranya bertukar kawasan,adakah masih berpeluang meneruskan pengajian?
   
     Ya. K-Force mempunyai pusat pengajian di kem-kem ATM utama di Semenanjung
     Malaysia. Para pelajar yang telah bertukar kawasan hendaklah memaklumkan kepada
     pihak pengurusan K-Force dengan segera supaya kawasan yang terdekat dengan
     pusat pengajian K-Force akan dirujuk untuk tujuan kemaskini rekod pelajar
     berkenaan. Pihak pengurusan K-Force akan segera memaklumkan kepada pusat
     pengajian K-Force yang terlibat. Seterusnya, para pelajar boleh meneruskan pengajian
     seperti sediakala di pusat pengajian K-Force yang baru.
   
   
   Berapa lama tempoh pengajian dengan program K-Force?
   
     Tempoh pengajian di K-Force adalah berbeza berdasarkan program pengajian yang
     diikuti. Bagi para pelajar yang mengikuti program Diploma, maka tempoh pengajiannya
     adalah selama TIGA tahun. Bagi para pelajar yang mengikuti program Ijazah pula,
     tempoh pengajian adalah selama TIGA atau EMPAT tahun bergantung kepada
     pengecualian subjek yang dipohon oleh para pelajar yang berkenaan. Walaupun
     program pengajian telah dirangka sebagai tempoh tersebut, namun ia tertakluk
     kepada kemampuan serta kebolehupayaan pelajar untuk mengikuti program
     pengajian.
   
   
   Apakah alternatif lain sekiranya rumah saya tidak memiliki kemudahan internet?
   
     Program pengajian menerusi K-Force tidak memerlukan kemudahan internet
     sepanjang masa. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja para pelajar digalakkan
     untuk mencari kemudahan internet untuk melayari portal program ini. Pelajar tidak
     perlu memperuntukkan masa yang lama untuk melayari portal kerana hampir kesemua
     maklumat berkaitan K-Force boleh dimuat-turun. Oleh itu, para pelajar amat digalakkan
     untuk memuat-turun perisian kursus ataupun mencetak kandungan perisian kursus
     terbabit. Jadi, para pelajar boleh menggunakan bahan tersebut untuk
     mengulangkajinya di rumah atau pada bila-bila masa sahaja. Cuba praktikkan amalan
     ini.

     
 
 
 
  PAUTAN || KERJAYA || PETA LAMAN  
2009 COPYRIGHT . FUTURE LEARNING CORPORATION SDN. BHD . ALL RIGHTS RESERVED . PRIVACY & DISCLAMAIR